Sampul prabayar RM6.90 boleh hantar 6kg barang guna Line Clear Express

4 Dec 2023 • 2:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda pernah dengar tentang jenama syarikat kurier Line Clear Express? Anda tak keseorangan kerana mereka mula beroperasi dalam tahun 2015 dan kini sedang berkembanng.

image is not available

Value6.9 adalah produk baharu yang ingin mereka ketengahkan. Ia adalah bungkusan prabayar yang berharga RM6.90 dengannya, anda boleh hantar barangan tidak melebihi 6kg menggunakan kurier mereka.

Ia adalah satu tawaran yang menarik. Kalau anda ambil contoh Pos Laju dan J&T, mereka masing-masing mengenakan RM22.00 dan RM22.71 untuk cas penghantaran daripada Selangor ke Pahang.

image is not available

image is not available

Tawaran "Takyah Ukur, Takyah Timbang" juga mereka tawarkan kepada produk mereka yang sedia ada iaitu PremiumBox dan FreshBox. PremiumBox dan FreshBox adalah kotak prabayar yang menjanjikan penghantaran hari berikutnya dengan FreshBox dikhaskan untuk penghantaran barangan segar.

image is not available

Kami sedang dapatkan butiran lanjut Terma & Syarat untuk Value6.9 daripada pihak penyedia perkhidmatan. Sementara itu, anda boleh layari laman rasmi Line Clear Express untuk maklumat lanjut.