Storan SSD Samsung 9100 PRO telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia minggu ini sekitar sebulan selepas ia diumumkan. SSD ini mempunyai kemampuan membaca sehingga 14,800 MB/s dan menulis pula pada kelajuan 13,400 MB/s. Ini adalah sehingga 99% lebih pantas berbanding 990 PRO yang mempunyai kelajuan 7,450 MB/s / 6,900 MB/s. Peningkatan kelajuan ini dicapai kerana 9100 Pro menggunakan antaramuka PCIe 5.0 berbanding PCIe 4.0 pada 990 Pro.

Di Malaysia ia dijual dalam versi 1TB, 2TB dan 4TB serta pilihan dengan sinki haba ataupun tidak. Harga jualan ialah bermula daripada RM679 untuk versi 1TB. Jika dibandingkan dengan 990 Pro sebelum ini, harga jualan 9100 Pro adalah lebih murah kerana 990 Pro dijual pada harga bermula RM1099 (1TB) tiga tahun lalu.
Versi 8TB yang diumumkan sebelum ini hanya akan dipasarkan bermula Jun depan. SSD ini boleh dibeli bermula pada 4 April 2025 melalui stor atas talian rasmi Samsung, kedai rasmi Samsung di Lazada dan Shopee serta beberapa cawangan terpilih. Senarai harga mengikut model adalah seperti di bawah.
Siri Model Storan Harga Samsung 9100 PRO MZ-VAP1T0BW 1TB RM679 MZ-VAP2T0BW 2TB RM1,068 MZ-VAP4T0BW 4TB RM1,989 Samsung 9100 PRO bersama sinki haba MZ-VAP1T0CW 1TB RM745 MZ-VAP2T0CW 2TB RM1,149 MZ-VAP4T0CW 4TB RM2,009
