Samsung akan basmi kesan lipatan pada Z Fold 5 dengan engsel baharu?

Digital
16 Jan 2023 • 12:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Galaxy Z Fold 5 yang sedang dibangunkan Samsung mungkin akhirnya akan menyelesaikan isu kesan lipatan yang terlalu ketara pada bahagian paparan. Berdasarkan laporan daripada satu portal media Korea, Samsung bakal gunakan engsel lipatan berbentuk titisan air yang telahpun digunakan oleh pesaingnya buat beberapa ketika.

image is not available
Paten engsel yang dikatakan milik Samsung untuk Galaxy Z Fold 5

Pesaing seperti Oppo Find N2 menggunakan teknkologi engsel yang digelar Flexion Hinge generasi ke-2 yang bukan saja nyata meminimumkan kesan lipat, malah membolehkan telefon ini dilipat rata.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan yang setakat ini, masih belum ada telefon boleh lipat dengan lipatan paparan berbentuk titisan air hadir dengan ciri kekalisan air IP68. Adakah Samsung akan menjadi pertama?

Ia mungkin menjelaskan kenapa Samsung tidak menggunakan solusi titisan air ini walaupun mereka sudahpun mempatenkan teknologi tersebut sejak tahun 2016.

Sumber: SamMobile