Samsung akan umum sejumlah produk baharu berasaskan AI di CES 2024

Digital
8 Dec 2023 • 10:49 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung telah mula menghantar jemputan untuk menghadiri sidang media mereka di temasya CES 2024. Sidang media tersebut akan berlangsung pada 8 Januari 2024 jam 2 petang waktu tempatan dan akan disiarkan secara langusng di Samsung Newsroom.

image is not available

AI Samsung untuk semua?

"AI for All" adalah tema kepada sidang media yang akan mereka adakan. Tidak mengejutkan kerana 2023 sarat dengan tenologi baharu berasaskan AI dilancarkan. 2024 pastinya pengeluar-pengeluar produk kepenggunaan akan mula menyebarluaskan aplikasi AI dalam produk masing-masing.

Besar kemungkinan, kita akan lihat sejumlah ciri AI akan dimasukkan pada siri Galaxy S24 yang akan datang.

Samsung lancar RAM khas untuk AI

Bulan lepas, Samsung Semiconductor dilapor lancarkan modul RAM khas yang katanya sesuai untuk digunakan untuk tujuan pemerosesan AI peranti mudah alih. Ia dikenali sebagai LLW DRAM (Low Latency Wide IO).

Dalam video demonstasi ringkas yang diutuskan Samsung, ia dipamerkan sebagai modul tambahan untuk berada disebelah pemproses dan bukannya menggantikan RAM.

Sumber: Samsung