Samsung Bakal Lancar Kaca Mata Pintar Pada November – Dikuasakan Gemini

TechnologyDigital
2 Oct 2026 • 2:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Bakal Lancar Kaca Mata Pintar Pada November – Dikuasakan Gemini

Samsung kini dilaporkan akan melancarkan kaca mata pintar mereka kepada umum secara rasminya di November, bermula dari Korea Selatan terlebih dahulu. Kaca mata pintar ini akan dikuasakan oleh Gemini untuk sokongan AI, sekaligus bersaing terus dengan penawaran Meta. Harga jualan kaca mata pintar ini dijangka dikongsikan pada acara pelancarannya kelak.

Kaca mata pintar Samsung ini telah diperlihatkan pada Julai lepas, dinamakan Samsung Intelligent Eyewear. Ia dibangunkan oleh Samsung melalui kerjasama dengan Gentle Monster dan Warby Parker, termasuk bersama Google. Ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan turut menggunakan nama sama untuk pemasaran produk akhir kelak.

Kaca mata pintar ini dijangka akan menyertakan kamera terbina, dan juga sokongan mikrofon dan speaker – sekaligus membolehkan pengguna berinteraksi dengannya, termasuk mengambil-kira persekitaran. Gemini dijangka beroperasi dengan memproses informasi menggunakan sambungan melalui telefon pintar.

Samsung dijangka memposisikan kaca mata pintar mereka sebagai lebih bergaya dan ringan berbanding pesaing lain. Tidak mustahil juga kita melihat ia dipasarkan meluas melalui drama dan filem terbitan Korea Selatan untuk tempoh setahun dua akan datang ini.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bulan hadapan untuk menyaksikan kejutan yang disediakan oleh Samsung melalui kaca mata pintar mereka ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved