Samsung Berhenti Menjual TV dan Kelengkapan Rumah Di China

TechnologyBusiness & Finance
11 May 2026 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hujung minggu lalu Samsung mengumumkan mereka secara rasmi menghentikan jualan beberapa produk elektronik di China. Produk yang terkesan ialah TV dan kelengkapan rumah seperti monitor, monitor komersial besar, penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, pengering, mesin dobi dan pengering pakaian, mesin penjagaan pakaian, audio, projektor, pembersih vakum, penapis udara dan perkakas rumah yang lain. Persaingan yang semakin kecil daripada produk keluaran syarikat China menjadi faktor produk tidak lagi dijual.

Image from: Samsung Berhenti Menjual TV dan Kelengkapan Rumah Di China

Samsung berkata mereka akan mengambil langkah untuk meminimumkan kesan kepada pelanggan dan sedang mengkaji sokongan untuk rakan perniagaan yang terjejas disebabkan keputusan ini. Tindakan ini diambil selepas perniagaan TV dan kelengkapan rumah Samsung mencatatkan kerugian disebabkan persaingan semakin sengit serta impak Tarif Trump.

Keputusan menghentikan jualan di China mungkin paling mengejutkan kerana China ialah pasaran terbesar TV di dunia. Walaupun Samsung masih pengeluar TV terbesar tahun lalu, kedudukan mereka telah dicabar oleh TCL. Dengan TCL bekerjasama dengan Sony untuk mengeluarkan TV generasi baharu, persaingan akan menjadi semakin sengit.

Samsung masih akan menjual telefon pintar di China walaupun menerima persaingan yang jauh lebih sengit dalam perniagaan ini. Nasib perniagaan untuk konsumer Samsung berbeza dengan perniagaan semikonduktor yang mencatatkan peningkatan lebih 7 kali ganda disebankan ole permintaan tinggi untuk memori.

View Original Article