Samsung Catat Peningkatan Keuntungan Operasi  931% Pada Q1 2024

TechnologyDigital
5 Apr 2024 • 3:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mencatatkan keuntungan operasi 6.6 trilion Won (~RM 32.1 bilion) pada Q1 2024 yang bersamaan dengan peningkatan 931% berbanding suku yang sama 2023. Peningkatan keuntungan yang mendadak ini ialah kerana pasaran cip yang kembali pulih dipacu oleh permintaan yang tinggi untuk memori dalam pembangunan kecerdasan buatan.

image is not available

Selain itu jualan juga meningkat 11.4% berbanding suku sama tahun lalu. Lambakan cip memori dan pengurangan permintaan untuknya menyebabkan Samsung mencatatkan pengurangan keuntungan 95% pada Q1 tahun lalu. Suku ini juga adalah kali pertama dalam tempoh lima suku perniagaan cip Samsung mencatatkan keuntungan.

Selain itu perniagaan telefon pintar Samsung juga mencatatkan peningkatan keuntungan kerana sambutan yang baik untuk siri Samsung Galaxy S24 yang dipasarkan sebagai peranti AI pertama mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved