Peranti skrin-boleh lipat sudah memasuki tahun kelima kewujudannya. Samsung ialah pemegang terbesar segmen ini dengan peranti bahari Z Fold5 dan Z Flip5 akan dilancarkan pada penghujung Julai in. Samsung Malaysia akan menganjurkan pula Developer Day Hackathon pada 14-15 Jun ini di REXKL bagi mencari idea penggunaan peranti skrin boleh-lipat paling kreatif di kalangan pelajar.

Acara ini dianjurkan bersama Taylor’s University dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Pasukan yang dianggotai empat individu perlu berkongsi idea paling kreatif mereka untuk menggunakan skrin peranti jenis Fold dan Flip keluaran Samsung. Hadiah sehingga RM39,188 sehari akan diberikan kepada pasukan yang berjaya mencadangkan idea yang paling bernas.
Developer Day Hackathon ialah sebahagian daripada usaha Samsung Malaysia untuk mempopularkan penggunaan peranti skrin boleh-lipat. Beberapa minggu yang lalu beberapa aplikasi tempatan seperti Grab, Ambank, Maxis dan ZUS Coffee telah dilancarkan dengan sokongan lebih baik pada peranti skrin boleh-lipat.
- Sumber
- Samsung Malaysia
