Disamping Apple yang dijangka memperkenalkan iPhone Slim pada tahun hadapan, kini laporan turut hadir Samsung sedang dalam persiapan memperkenalkan Galaxy S25 Slim pada tahun 2025.

Galaxy S25 Slim akan memfokuskan rekaan yang nipis, dan dijangka ditawarkan dalam kuantiti yang terhad berbanding siri utama Galaxy S25 yang lain. Ini juga mungkin memberikan lebih pilihan kepada pengguna – sama ada inginkan perbezaan dari segi saiz skrin, atau dari ketebalan peranti.
Samsung Galaxy S25 Slim ini dijangka menawarkan saiz 6.66-inci, sementara versi biasa Galaxy S25 dengan skrin 6.16-inci, dan versi Ultra pula dengan skrin bersaiz 6.86-inci. Ia tidak diketahui lagi apakah komponen yang akan dikurangkan oleh Samsung dalam memastikan saiz ketebalan peranti berkenaan dikurangkan.
Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S25 pada bulan Januari, dan mungkin kita mendengar lanjut berkenaan dengannya menjelang acara berkenaan.
