Samsung Dikatakan Akan Menghentikan Siri Galaxy A7X

TechnologyDigital
22 Dec 2022 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Anda peminat siri Samsung Galaxy A7X? Sekiranya ye Samsung Galaxy A73 5G ialah telefon terakhir yang dikeluarkan oleh Samsung menurut laporan GalaxyClub. Menurut mereka, Samsung akan menghentikan siri ini dan memberikan tumpuan kepada siri Galaxy A yang lain.

image is not available

Setakat ini masih tiada berita mengenai Samsung Galaxy A74 sedangkan model lain sudahpun dalam pembangunan menurut beberapa sumber dalaman. Strategi pemasaran peranti Samsung adalah berbeza tahun ini dengan tiada juga model baharu Galaxy FE. Kombinasi permintaan untuk peranti baharu yang berkurang tahun ini serta ketidaktentuan ekonomi mungkin menyebabkan ini berlaku.

Jika benar Samsung menghentikan siri Galaxy A7X ia tidak mengejutkan kerana mereka telahpun mematikan siri Galaxy Note yang cukup popular dan ia digabungkan ke dalam siri Galaxy S sejak dua tahu kebelakangan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved