Samsung Dikatakan Pertimbang Hadir Dengan Galaxy Z FE – Telefon Boleh-Lipat Pada Harga Lebih Rendah

TechnologyDigital
21 Aug 2023 • 11:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung pada hari ini sedia menawarkan dua variasi peranti dibawah siri telefon dengan skrin boleh-lipat, iaitu Samsung Galaxy Z Fold yang boleh dibuka seumpama buku, selain Galaxy Z Flip yang boleh ditutup dua seperti telefon-lipat seuatu ketika dahulu.

Kedua-duanya mempunyai peminat tersendiri, tetapi boleh dikatakan harganya yang agak tinggi membuatkan ramai sukar untuk membeli dan menggunakannya.

image is not available

Kini, hadir desas-desus menyatakan Samsung dijangka akan memperluaskan jenama “FE” mereka bukan untuk siri Galaxy S sahaja, tetapi turut ke Galaxy Z FE. Ia dijangka membolehkan Samsung menawarkan telefon pada harga lebih rendah sedikit berbanding versi utama Galaxy Z – tetapi dengan sedikit perbezaan pada penawaran dan spesifikasi.

image is not available

Desas-desus ini selari dengan apa yang kedengaran sebelum ini, namun sebelum ini ia sekadar diperkatakan Samsung pertimbang pengenalan “Galaxy A” untuk telefon lipat. Ini kali pertama kita mendengar kemungkinan Samsung menggunakan jenama FE untuk penawaran berkenaan.