Samsung Dilaporkan Membangunkan GPU Sendiri Untuk Exynos 2800

TechnologyDigital
26 Dec 2025 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung dilaporkan berjaya membangunkan GPU sendiri yang akan digunakan pada cip Exynos 2800 untuk siri Galaxy S28. Sebelum ini Samsung melakukan kerjasama dengan AMD pada cip Exynos yang dilengkapi GPU berasaskan teknologi RDNA. Cip Eyxnos 2600 yang baru diumumkan baru-baru ini masih menggunakan GPU  Xclipse 950 yang berasaskan teknologi AMD.

image is not available

Dengan kemampuan membina GPU sendiri, ia membuka ruang kepada Samsung untuk mengawal kemampuan cip mudah alih mereka di masa hadapan seperti yang mampu dilakukan oleh Apple dan Qualcomm.

Berita ini hadir beberapa hari selepas John Rayfield mengesahkan beliau menyertai Samsung. Beliau pernah bertugas sebagai timbalan presiden di Intel dan AMD khususnya dalam pembangunan cip. Dengan pengambilan beliau, Samsung dijangka akan terus memajukan cip Exynos supaya ia mampu bersaing dengan cip keluaran syarikat lain.