Samsung Galaxy A06: Telefon bajet dengan 2 tahun jaminan dan pengecas percuma

LocalTechnology
5 Sep 2024 • 6:26 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebuah telefon mampu milik baharu menyertai pasaran Malaysia dan kali ini, ia adalah model Samsung Galaxy A06. Pada harga RM449, ia bakal bersaing dengan Redmi 14C yang diumumkan pada hari yang sama dengan pengumuman yang dibuat jenama Korea ini.

Bersempena dengan penjualan Samsung Galaxy A06 di Malaysia, Samsung memberikan pengecas 25W Super-Fast bersama-sama dengan jaminan 1 tahun tambahan bernilai RM49.

image is not available

Spesifikasi Samsung Galaxy A06

Samsung Galaxy A06 adalah sebuah telefon 6.7" yang dilengkapi panel LCD beresolusi HD+. Sudah tahun 2024, harapnya resolusi minimum sebuah telefon mampu milik dinaikkanlah kepada FHD. Satu-satunya kelebihan paparan beresolusi rendah adalah ia menggunakan tenaga yang rendah. Maka, jangkakan hayat guna yang panjang berbekalkan bateri 5,000mAh yang dimiliki telefon ini.

image is not available

Atas papan tauam, Samsung Galaxy A06 diperkasa SoC Mediatek Helio G85. Buat anda yang masih ingin, cip ini menguasakan Realme 7i tahun 2020. Ketika itu, ia dilancarkan pada harga RM999 (8 + 128). Berbalik kepada Samsung, SoC Helio G85 itu bergandingan bersama-sama RAM 4GB dan storan 128GB dan boleh diperbesar melalui slot mikro-SD yang tidak disekalikan dengan slot SIM kedua. Jadi anda beroleh 2 slot SIM dan 1 slot mikro-SD.

image is not available

Untuk mengambil gambar, Samsung memberikan satu kamera 50MP di belakang dan satu kamera 8MP di bahagian depan.

Anda boleh layari laman rasmi Samsung Galaxy A06 untuk maklumat lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved