Samsung Galaxy A54 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini OneUI 6.1

TechnologyDigital
30 May 2024 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini telah mula menawarkan kemaskini OneUI 6.1 kepada para pengguna telefon pintar Samsung Galaxy A54 di Malaysia, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan menikmati sejumlah ciri-ciri baharu yang hadir bersama kemaskini berkenaan.

image is not available

Kemaskini ini menawarkan pembaharuan kecil dari segi antaramuka, dan juga kemaskini sekuriti terkini. Tiada penawaran ciri Galaxy AI yang ditemui buat masa ini – memandangkan ia dilihat masih eksklusif untuk peranti mercu Samsung sahaja. Pada kemaskini untuk Galaxy A54 ini, Samsung menyertakan beberapa ciri penyuntingan – termasuk menyalin objek dari sesuatu gambar lain, dan menyatukan pada satu gambar, penambahan beberapa widget baharu, dan sejumlah ciri baharu yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy A54, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan menggunakan OneUI 6.1 baharu ini.