
Samsung Galaxy A57 5G dan Samsung Galaxy A37 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar dengan sekali lagi Galaxy Awesome menawarkan ciri menarik tetapi pada harga yang lebih mampu milik berbanding siri Galaxy S dan Galaxy Z.

Samsung Galaxy A57 5G dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120Hz, menyokong HDR10+, dikuasakan oleh cip Exynos 1680, memori 12GB RAM, storan 256/512 GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W. Ini dipadankan pula dengan kamera utama sudut lebar 50MP, ultra lebar 12MP dan makro 5MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP.

Samsung Galaxy A37 5G dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120Hz tanpa sokongan HDR, dikuasakan oleh cip Exynos 1480, memori 8/12 GB RAM, storan 256 GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W. Ini dipadankan pula dengan kamera utama sudut lebar 50MP, ultra lebar 8MP dan makro 5MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP.
Yang membezakan kedua-dua peranti selain cip dan kamera ialah bingkai A57 diperbuat daripada aluminium manakala A37 pula daripada plastik. Kedua-duanya melepasi piawaian kalis air serta debu IP678 Sistem operasi digunakan ialah One UI 8.5 berasaskan Android 16 serta sokongan kemas kini 6 versi Android serta 6 tahun tampalan sekuriti.
Ciri AI yang ditawarkan pula adalah Voice Transcription, AI Select, Object Erase, Best Face Auto Trim dan Circle to Search with Google.

Harga jualan di Malaysia adalah seperti di bawah dengan Samsung menawarkan rebat sehingga RM500 dalam bentuk storan lebih besar dan potongan jika dibayar menggunakan Shopee PayLater atau rakan perbankan CIMB serta Maybank.
| Model | RAM + Storan | Warna | Harga (RM) | Harga selepas rebat (RM) |
| Galaxy A57 5G | 12+512GB | Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome IcyBlue | RM 2,699 | RM 2,199 |
| Galaxy A57 5G | 12+256GB | RM 2,399 | RM 2,049 | |
| Galaxy A37 5G | 12+256GB | Awesome Lavender, Awesome Charcoal,Awesome GrayGreen | RM 1,999 | RM 1,899 |
| Galaxy A37 5G | 8+256GB | RM 1,899 | RM 1,699 |
Promosi rebat sempena pelancaran adalah bermula hari ini 25 Mac 2026 – 31 Disember 2026.

