Samsung Galaxy Buds On Dilancarkan Dengan Rekaan Subang

TechnologyDigital
1 Oct 2026 • 3:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam Samsung Galaxy Tab S12 Ultra, Tab S12+ dan Galaxy SmartTag3 dilancarkan secara rasmi. Turut dilancarkan secara senyap ialah Samsung Galaxy Buds On dengan ia adalah fon telinga subang pertama keluaran Samsung.

Image from: Samsung Galaxy Buds On Dilancarkan Dengan Rekaan Subang

Ia dipasang pada cuping telinga mengikuti trend penawaran TWS daripada Huawei dan JBL sejak kebelakangan ini. Dengan rekaan terbuka, pengguna masih boleh menikmati muzik dan audio persekitaran pada waktu yang sama. Ia mempunyai sistem audio TwinBoost yang meningkatkan audio mengikut bunyi persekitaran. Pada waktu yang sama terdapat teknologi mengurangkan audio bocor ke persekitaran sehingga mengganggu orang berhampiran.

Image from: Samsung Galaxy Buds On Dilancarkan Dengan Rekaan Subang

Ia dilengkapi cip Snapdragon S7 Gen 1 membolehkan ia menyokong ciri pintar seperti Gemini. Pengguna misalnya boleh memulakan perbualan dengan Gemini Live hanya dengan arahan suara. Terdapat juga ciri Quick Voice Memo yang merakam audio sebagai memo pendek.

Ia boleh mengesan gestur pergerakan kepala seperti siri Galaxy Buds. Sepasang Galaxy Buds On boleh berfungsi sehingga 9.5 jam dengan sekali caj. Maklumat lebih lanjut aksesori audio ini akan diketahui pasca pelancarannya kelak.

Image from: Samsung Galaxy Buds On Dilancarkan Dengan Rekaan Subang

Samsung Galaxy Buds On dilancarkan terlebih dahulu di Korea Selatan pada 27 Oktober ditawarkan dalam warna hitam dengan harga 299,000 won (~RM 897) sepasang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved