Samsung hari ini mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Samsung Galaxy M14 5G. Telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G, dan bakal dijual melalui Lazada bermula 24 Mei.

Galaxy M14 5G ini akan dijual pada harga RM849 untuk waktu terhad. Promosi pengenalan dengan diskaun RM250 ini akan ditawarkan bermula 24 Mei 2023 melalui Lazada. Harga sebenar peranti berkenaan adalah RM1099.
Galaxy M14 5G ini hadir dengan skrin 6.6-inci PLS LCD FHD+ 90Hz, dijana dengan cip Exynos 1330, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 6000mAh dengan sokongan pengecasan 25W.
Pada bahagian rakaman gambar, ia hadir dengan kamera utama 50-megapixel, selain dilengkapi sokongan sensor 2MP dan sensor kedalaman 2MP pada bahagian belakang. Untuk kamera hadapan pula, ia hadir dengan kamera 13-megapixel.
Seperti peranti Samsung lain, ia turut hadir dengan sistem operasi Android 13 bersama antaramuka khusus OneUI 5.0. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Samsung Galaxy M14 5G ini untuk pasaran Malaysia bermula minggu hadapan.


