Samsung Galaxy M14 5G Malaysia: Rasai sambungan 5G pada harga serendah RM849

Digital
24 May 2023 • 12:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung Malaysia mula menjual sebuah telefon baharu yang sokong 5G. Sekiranya memiliki bajet bawah RM1,000 dan perlukan telefon 5G, cubalah usyar Samsung Galaxy M14 5G.

Harga Samsung Galaxy M14 5G

Samsung Galaxy M14 5G ditawarkan pada harga RM1,099 untuk pasaran Malaysia. Bersempena dengan LazMall Super Brand Day, telefon itu dijual pada harga promosi iaitu RM849 sahaja melalui gedung dalam talian Samsung di Lazada.

image is not available

Spesifikasi Samsung Galaxy M14 5G

Samsung Galaxy M14 5G menampilkan panel paparan LCD sebesar 6.6" beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 90Hz. Atas papan utama ia menjalankan Exynos 1330 (5nm) bersama-sama RAM 6GB dan storan 128GB. Sekiranya storan tidak mencukupi, ia boleh diperluas kepada 1TB menggunakan slot mikro-SD yang disediakan.

image is not available

Untuk mengambil gambar, sistem trikamera belakang boleh digunakan. Kamera utamanya menerima sensor 50MP manakala baki dua lagi kamera adalah untuk makro dan depth masing-masing dibekalkan sensor 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 13MP.

Menyalakan telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 6,000mAh.

image is not available

Berdasarkan maklumat rasmi Samsung Malaysia, telefon ini menerima kemas kini 2 generasi Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Sekiranya anda mahukan sokongan yang lebih panjang, Samsung Galaxy A24 yang harganya RM999 hadir dengan 4 kemas kini generasi Android dan 5 tahun kemas kini keselamatan.

Bacaan berkaitan