Samsung Galaxy Ring dilihat mula disenaraikan di laman web rasmi Malaysia. Ia biasanya menunjukkan bahawa produk berkenaan akan tersedia untuk dibeli tidak lama lagi. Cincin ini turut disediakan dalam sembilan saiz diantara 5 hingga 13 di samping pilihan warna seperti Titanium Black, Titanium Gold dan Titanium Silver. Namun butiran mengenai harga jualan dan pra tempahan masih belum diumumkan.

Galaxy Ring dilengkapi rekaan elegan bersama sensor yang dikuasai kecerdasan buatan untuk menganalisis data. Ia juga sarat dengan penjejakan kesihatan terbina yang termasuk algoritma PPG (photoplethysmography) digunakan untuk menentukan keadaan jantung dengan mengukur perubahan darah dalam tisu kulit. Bateri disediakan boleh berfungsi hingga 7 hari di samping boleh diintegrasikan dengan aplikasi Samsung Health.



