Samsung Galaxy Ring Mungkin Tiba Julai Dengan ECG dan Boleh Menjadi Alat Kawalan Peranti

TechnologyDigital
20 Feb 2024 • 6:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Unpacked di San Jose bulan Januari lalu, kewujudan Samsung Galaxy Ring telah diacah. Samsung tidak berkongsi maklumat yang banyak mengenai cincin pintar ini kecuali ia adalah peranti yang boleh menjejak kesihatan sebaik pada jam Galaxy Watch.

image is not available

Menurut laporan ET News hari ini, Galaxy Ring akan dilancarkan pada Julai depan. Dalam laporan yang sama, cincin pintar ini dikatakan mempunyai sensor ECG, menjejak tidur, menjejak nadi dan boleh digunakan sebagai alat kawalan kepada peranti lain. Menerusi sistem NFC pula, ia melakukan pembayaran secara nirtunai. Lebih menarik ialah Galaxy Ring akan ditawarkan dalam lapan saiz bergantung kepada jari pemakai.

Apakah peranti yang boleh dikawal oleh Galaxy Ring masih terbuka kepada spekulasi. Mungkin sekadar aplikasi kamera pada telefon Galaxy. Tetapi pada hemat kami adalah agak menarik juga jika ia boleh digunakan bersama dengan set kepala AR Galaxy yang sedang dibangunkan dengan kerjasama Google dan Qualcomm.

Satu kekurangan Vision Pro ialah tiada pengawal fizikal yang menyebabkan interaksi dalam dunia AR tidak begitu mesra pengguna. Alat kawalan fizikal masih diperlukan seperti yang diberikan pada Meta Quest 3 dan PICO.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved