Samsung Galaxy S20, Note20, Z Flip 5G Tidak Akan Menerima Kemas Kini Android 14

TechnologyDigital
3 Nov 2023 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari lepas, Samsung telah mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima kemas kini One UI 6.0 berasaskan Android 14. Pengguna Galaxy S23 kini telah pun mula menerima kemas kini baharu ini. Samsung baru-baru ini dilihat telah mengemaskini senarai peranti ini dan membuang Samsung Galaxy S20, Galaxy Note20 dan Galaxy Z Flip 5G.

image is not available

Sokongan kemas kini 4 tahun Android dan 5 tahun tampalan sekuriti Samsung ini terhad dengan peranti tahun 2021 dan ke atas sahaja. Ketiga-tiga peranti yang saya sebutkan tadi dilancarkan pada tahun 2020. Berikut adalah senarai peranti baharu;

  • Siri Galaxy S23
  • Siri S22
  • Siri S21
  • Z Fold5
  • Z Flip5
  • Z Fold4
  • Z Flip4
  • Z Fold3
  • Z Flip3
  • A54
  • A53
  • A34
  • A33
  • M54
  • M53
  • M34
  • M33 

One UI 6.0 dilihat memfokuskan kepada rekaan antaramuka dan kustomasi. Pertama sekali adalah susunan talam notifikasi dan talam pintasan pantas baharu dengan pulau khas. Selain turut kini mempunyai penggunaan widget baharu, kamera dikuasakan AI, mod pesawat pintar di mana ia tidak akan mematikan Bluetooth atau WiFi dan banyak lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved