Samsung Galaxy S23 Akan Dilengkapi Snapdragon 8 Gen 2 Yang Dilewah Jam

TechnologyDigital
21 Nov 2022 • 5:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telefon pintar bukan sahaja penting sebagai alat komunikasi dan melayari web tetapi sejak akhir-akhir ini menjadi konsol mudah alih pilihan golongan gamer. Kemampuan grafik yang tinggi bersama dengan sokongan ray tracing juga bakal hadir. Terkini mula kedengaran ura-ura pada siri Samsung Galaxy S23 kelak, cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digunakan bakal dilewah jam.

image is not available

Snapdragon 8 Gen 2 ialah cip paling mercu dikeluarkan untuk peranti Android setakat ini. GPU Adreno yang digunakan pula menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 25% menurut Qualcomm. Dalam ciapan oleh Ice Universe, CPU akan dinaikkan kelajuan dari 3.2GHz ke 3.36GHz dan GPU pula dari 680MHz ke 719MH.

Jika dilewah jam, prestasinya pasti meningkat. Semasa pelancaran Snapdragon 8 Gen 2 minggu lalu, Qualcomm mengesahkan terdapat kerjasama antara kedua-dua syarikat dengan Samsung menjadi penaja pertandingan esukan Snapdragon Elite Gaming.

Mungkin menerusi penajaan ini, peranti Samsung dengan Snapdragon 8 Gen 2 akan ditala supaya boleh memberikan prestasi gaming yang lebih tinggi berbanding model biasa. Sejauh manakah kebenaran ura-ura ini akan hanya diketahui apabila siri Galaxy S23 dilancarkan awal tahun depan.