Samsung Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra: Ringkasan yang anda perlu tahu

Digital
2 Feb 2023 • 10:59 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telefon pintar flagship Samsung 2023 telah dilancarkan iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ & Galaxy S23 Ultra. Apa yang baru dan apa yang berbeza dengan telefon ini? Dapatkan penerangan ringkas menerusi video ini.

Secara ringkas, tidak banyak perbezaan siri Galaxy S23 berbanding siri Galaxy S22. Malah, nama model dan saiz skrin juga masih serupa.

Galaxy S23 dan Galaxy S23+ adalah telefon yang serupa dalam hampir semua aspek. Kecuali di saiz skrin, kapasiti bateri dan kuasa mengecas. Perubahan terbesar pada rupanya adalah rekaan kamera belakang, tiada lagi bonjol tetapi menggunakan cincin lensa dipanggil ‘Floating Camera’

Galaxy S23 Ultra pula boleh dikatakan tidak ada perubahan rupa langsung, jika dibanding dengan Galaxy S22 Ultra dahulu. Saiz skrin sama, bateri sama, S Pen pun sama boleh simpan dalam badan. Naik taraf adalah pada cip baru, kamera utama 200MP dan kamera hadapan dilengkapi dwi-piksel autofokus.

image is not available

Harga rasmi siri Galaxy S23 di Malaysia telah pun diumumkan. Malah ada tawaran sangat menarik untuk tempahan awal. Rujuk semua perkara ini dalam artikel kami di bawah ini.

Bacaan Berkaitan