Samsung Galaxy S23 sudah ada kemaskini keselamatan pertama walaupun belum dijual di Malaysia

Digital
22 Feb 2023 • 5:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri Samsung Galaxy S23 walaupun telah dilancar di peringkat antarabangsa, ia masih belum dijual secara rasmi di Malaysia. Tetapi ia kini telah menerima kemaskini keselamatan yang pertama.

Menerusi kemaskini bernombor S91xBXXU1AWBD, pengguna yang telah memiliki mana-mana model Galaxy S23 menerusi tempahan awal di Malaysia telah mendapat notis kemaskini baru di peranti baru mereka. Laman web SamMobile pula memaklumkan, beberapa negara lain turut menerimanya seperti Indonesia dan India. Manakala di Eropah, pengguna telah mendapatnya beberapa hari lepas.

image is not available

Di dalam nota kemaskini, ia hanya menerangkan secara umum. Antaranya kemaskini perisian ini sebagai naik taraf kestabilan peranti dan menampal pepijat, fungsi baru dan dipertingkat serta naik taraf prestasi. Beberapa aplikasi Samsung turut dikemaskini. Di samping itu, kemaskini keselamatan ini dilabel bertarikh 1 Februari 2023. Saiz fail kemaskini ini pula sekitar 500MB.

Promosi tempahan awal masih berjalan

Tempahan awal siri Galaxy S23 di Malaysia bermula sejak 17 Februari 2023 dan akan berakhir pada 23 Februari 2023. Jika anda masih berminat, anda berpeluang mendapatkan tawaran tempahan awal sebelum tamat tempohnya. Antaranya storan digandakan bernilai RM500, e-baucar RM400, diskaun sehingga 30% membeli bersama aksesori Samsung terpilih seperti jaminan tambahan Samsung Care+, Galaxy Tab, Watch dan Buds, serta tukar tebus peranti lama untuk rebat sehingga RM600.

Selepas tamat tempoh tempahan awal, Samsung menawarkan hadiah lain berupa jam pintar Galaxy Watch 5 40mm bernilai RM1,099 sebagai promosi jualan pertama di Malaysia. Tawaran ini berlangsung dari 24 Februari sehingga 31 Mac 2023.

Untuk mengenali siri Galaxy S23 dengan lebih lanjut, tonton video penerangan kami di bawah:

Bacaan Berkaitan