Samsung Galaxy S26 Dijangka Hadir Dengan Sistem Kamera Dipertingkatkan

TechnologyDigital
4 Feb 2026 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung sekali lagi mengacah kemampuan telefon terbaharunya iaitu siri Galaxy S26. Perkongsian kali ini memberi tumpuan kepada sistem kamera dengan penekanan terhadap prestasi pencahayaan malap. Selain itu, Samsung turut mengesahkan rekaan baharu pada bahagian kamera yang mirip dengan model Z Fold.

image is not available

Antara fungsi yang diketengahkan termasuk ‘Night Photography’, ‘Night Videography’ dan keupayaan zum. Ciri ini dikatakan mampu menangkap pencahayaan yang kompleks seperti bunga api, suasana dalam dewan gelap ketika acara tertutup serta memberikan hasil zum lebih jauh dengan butiran yang tetap tajam.

image is not available

Walaupun ‘Nightography’ bukanlah kali pertama menjadi fokus Samsung kerana ia telah dipasarkan sejak beberapa generasi termasuk siri A. Namun kali ini ia berkemungkinan besar telah ditambah baik untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan.

— Alvin (@sondesix) February 4, 2026
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved