
Siri Samsung Galaxy S Ultra sejak Galaxy S21 Ultra dilengkapi dua kamera telefoto untuk pelbagai mod fotografi yang diperlukan pemilik. Tetapi bermula dengan Samsung Galaxy S27 Ultra, sistem kuad-kamera akan digantikan dengan trikamera menurut laporan ETNews.

Pada Galaxy S27 Ultra sistem kamera yang digunakan ialah sudut lebar 200MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 3x 50MP. Tiada lagi kamera telefoto 3X seperti pada Galaxy S26 Ultra. Sebab kamera tambahan ini dibuang ialah bagi mengurangkan kos peranti. Walaupun Samsung mengeluarkan sendiri RAM mereka, krisis RAM menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Pada suku lalu, perniagaan peranti pintar Samsung mencatatkan kerugian pertama dalam sejarah.
Selain melaporkan sistem tri-kamera Galaxy S27 Ultra, spesifikasi kamera tiga lagi peranti siri Galaxy S27 turut didedahkan dengan ia seperti di bawah.
- Galaxy S27: 50MP sudut lebar, 12MP ultra lebar, 10MP telefoto
- Galaxy S27+: 50MP sudut lebar, 12MP ultra lebar, 10MP telefoto
- Galaxy S27 Pro: 200MP sudut lebar, 50MP ultra lebar, 10MP telefoto (3x)


