Samsung Galaxy SmartTag2 Mula Dirasmikan Di Malaysia Dengan Harga RM149

Digital
29 Oct 2023 • 1:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah merasmikan peranti penjejakan baharu Galaxy SmartTag2 sebagai pengganti kepada model sedia ada.

Dalam ada itu, peranti ini merupakan pesaing kepada peranti penjejakan yang ditawarkan oleh Apple iaitu AirTag.

Berbanding model sebelumnya, SmartTag2 menawarkan peningkatan yang lebih baik dari segi sambungan dan juga ketahanan bateri.

image is not available

Dilengkapi dengan Bluetooth 5.3 dan sokongan ultra-wideband (UWB) yang tersedia untuk beberapa peranti Galaxy terpilih.

Malah, ia kini turut menyokong jarak penjejakan yang lebih jauh iaitu 120 meter dan ketahanan bateri mencapai sehingga 700 hari untuk mod penjimatan dan 500 untuk mod biasa.

Terdapat juga mod hilang yang membolehkan peranti dengan keupayaan NFC melihat maklumat hubungan mengenai SmartTag2.

image is not available

Mod carian turut ditawarkan yang menggunakan Argumented Reality (AR) lengkap yang memaparkan maklumat anak panah dan jarak.

Sebelum ini kami ada kongsikan info mengenai Samsung Galaxy A05 telah mula dipasarkan di Malaysia dengan harga RM649.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Yayy!! Lepasni takyah susah dah kalau takda cash nak top up #kaddebit #kadkredit #mrt #sembangentertainment #ohmedia #as

♬ Happy – TimTaj