Samsung Galaxy Tab A9 Kini Hadir Ke Malaysia Pada Harga Bermula RM899

TechnologyDigital
23 Oct 2023 • 4:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan penawaran siri tablet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu siri Galaxy Tab A9. Sebanyak tiga variasi tablet Galaxy Tab A9 ditawarkan, pada harga bermula RM899.

image is not available

Samsung Galaxy Tab A9 hadir dengan skrin 8.7-inci, sementara Galaxy Tab A9+ pula hadir dengan skrin 11-inci. Kedua-duanya menggunakan panel LCD. Melengkapkan ia adalah cip pemprosesan lapan-teras yang tidak dinyatakan oleh Samsung.

Tablet ini turut hadir dengan memori 4GB RAM, storan 64GB, dan menggunakan kamera 8-megapixel di belakang. Galaxy Tab A9 hadir dengan bateri 5100mAh, sementara Galaxy Tab A9+ pula menggunakan bateri 7040mAh.

image is not available

Tiga variasi model yang ditawarkan adalah Galaxy Tab A9 LTE pada harga RM899, Galaxy Tab A9+ WiFi pada harga RM1099 dan Galaxy Tab A9+ 5G pada harga RM1649.