Samsung Galaxy Tab S9 FE+ Adalah Peranti Untuk Ekspresi Minat Dan Karya Anda

TechnologyDigital
16 Nov 2023 • 7:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung adalah sebuah nama besar yang dilihat sentiasa tampil dengan pelbagai penawaran yang menarik untuk pelanggan demi memenuhi keperluan rata-rata pengguna. Demikian itu, Samsung baru-baru ini hadir pula dengan tablet edisi peminat iaitu Samsung Galaxy Tab S9 FE+ yang didatangkan khas untuk peminat-peminat peranti Samsung sekaligus menunjukkan komitmen Samsung untuk memberikan penawaran yang lebih pelbagai. 

image is not available

Samsung Galaxy Tab S9 FE+ ini adalah sebuah peranti yang boleh disebut sebagai tablet ‘versi bajet’ yang ditawarkan oleh Samsung berdasarkan peranti versi mercu mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S9. Menerusi keluaran peranti edisi peminat kali ini, harga yang ditawarkan pula dilihat lebih sesuai bagi mereka yang tidak mahu mengeluarkan bajet yang terlalu besar untuk sebuah tablet. Malah jika anda seorang pelajar, tablet ini pastinya salah satu daripada pilihan tablet yang boleh anda pertimbangkan.

image is not available

Meskipun spesifikasi yang tersedia adalah sedikit berbeza dengan edisi mercu, tetapi kemampuan serta prestasi Tab S9 FE+ ini dijamin masih lagi kekal cemerlang dan eksklusif untuk kelasnya. Selain itu, ekosistem Samsung yang boleh diaplikasikan pada kesemua peranti edisi peminat iaitu Samsung Galaxy S23 FE, Buds FE dan Samsung Galaxy Tab S9 FE / Samsung Galaxy Tab S9 FE+ ini boleh meningkatkan produktiviti dalam aktiviti seharian. Bahkan, Tab S9 FE+ juga mampu menjadi sebuah peranti untuk anda mengekspresikan minat dan karya disamping menggunakannya untuk melakukan kerja-kerja ringkas.

Ekosistem Samsung Jamin Gerak Kerja Yang Lebih Produktif

Ekosistem Samsung yang tersedia pada kesemua peranti edisi peminat keluaran Samsung ini pastinya dapat memberikan pelbagai kemudahan penggunaan serta meningkatkan produktiviti dalam kehidupan seharian anda. Hal ini saya katakan begitu kerana, dengan penggunaan Tab S9 FE+ bersama-sama dengan Samsung Galaxy S23 FE ini membolehkan anda untuk merasai sendiri pengalaman berada dalam ekosistem Samsung yang berupaya memberikan banyak faedah penggunaan. Antara ciri ekosistem Samsung yang tersedia ialah Video Call Transfer, Quick Share, Second Screen dan App Continuity.

image is not available

Video Call Transfer Untuk Pengalaman Panggilan Video Yang Lebih Baik

Menerusi ciri Video Call Transfer, anda boleh menjawab panggilan video Google Meet yang diterima pada telefon di tablet asalkan anda menggunakan akaun Google yang sama pada kedua-dua peranti. Secara logiknya, menjalankan panggilan video di telefon sememangnya lebih cepat kerana kebiasannya telefon sentiasa ada bersama di dalam poket atau genggaman, tetapi menggunakan tablet pastinya akan memberikan pengalaman panggilan video yang jauh lebih baik. Hal ini kerana paparan skrinnya yang lebih besar serta memudahkan pengguna untuk mengakses ciri khas yang tersedia seperti perkongsian skrin.

image is not available

Proses Pindah Fail Kepada 5 Peranti Serentak Menjadi Lebih Pantas

Ciri Quick Share pula membolehkan anda memindah atau menghantar fail ke banyak peranti secara serentak dengan pantas. Secara tidak langsung menjadikan gerak kerja lebih produktif malah ia menyokong sehingga lima peranti sekaligus. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi memindahkan fail secara berasingan malah boleh terus menghantar fail menggunakan pautan atau dengan perkongsian kod QR. Sekelip mata saja, fail-fail yang ingin anda kongsikan akan berjaya diterima di kesemua peranti dan ciri ini secara keseluruhannya menyokong sehingga 5GB sehari bagi proses yang terlibat. Bayangkan, berapa banyak masa yang dapat anda jimatkan menerusi fungsi tersedia dalam ekosistem Samsung ini sekiranya anda memiliki Tab S9 FE+ dan Samsung Galaxy S23 FE secara bersama.

image is not available

Ciri Second Screen Berfungsi Sebagai Skrin Tambahan Tanpa Kabel

Selain itu, ciri Second Screen yang tersedia dalam ekosistem Samsung ini juga adalah satu fungsi hebat yang membolehkan anda memperluaskan ruang skrin tanpa perlu menggunakan sebarang kabel berwayar. Konsep mudahnya, anda boleh jadikan Tab S9 FE+ ini sebagai skrin tambahan kepada telefon Samsung Galaxy S23 FE ketika ingin menonton filem misalnya. Paparan yang lebih besar pada Tab S9 FE+ memberikan pengalaman menonton filem yang lebih menyeronokkan dan pada masa yang sama anda masih lagi boleh melakukan perkara lain seperti membalas pesanan, melayari media sosial dan sebagainya di skrin telefon tanpa halangan. Oleh sebab itu, jaminan bahawa ekosistem Samsung ini akan menjadikan aktiviti harian anda lebih produktif adalah jelas dan tiada ragu.

image is not available

Menyambung Tugasan Pada Mana-mana Peranti Samsung Galaxy Menggunakan Ciri App Continuity

App Continuity juga adalah satu lagi ciri ekosistem Samsung yang boleh anda aplikasikan dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab S9 FE+ bersama-sama dengan telefon Samsung Galaxy S23 FE. Menerusi ciri ini, anda boleh menyambungkan tugasan di telefon kepada Tab S9 FE+ dengan mudah.

Peranti ini membolehkan anda mengekspresikan hasil karya mengikut cara dan kemahuan yang  anda suka. Tambahan pula, teknologi pada hari ini hampir membolehkan banyak perkara dapat dilakukan dengan hanya menggunakan alat digital termasuklah untuk berkarya, misalnya dalam bidang seni lukis. Bagi menghasilkan sebuah lukisan kreatif atau menulis nota, semuanya kini tidak hanya terbatas pada permukaan kanvas dan kertas. 

image is not available

Fungsi S Pen sebagai ‘Pena Karya’

Hal ini kerana, kedua-duanya boleh dilakukan pada Samsung Galaxy S9 FE+ menggunakan ciri S Pen yang menakjubkan. Hal ini kerana, fungsi S Pen yang didatangkan bersama dengan tablet ini adalah stylus untuk melukis dan menulis. S pen berfungsi dengan responsif, tidak ada masalah lengah masa, serta memberikan pengalaman melukis yang nyata seolah-olah menggunakan pensil lukisan biasa tetapi dengan kemampuan yang lebih pelbagai dan istimewa. Oleh sebab itu saya menyebutnya sebagai pen ajaib.

image is not available

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah pengalaman menggunakan Samsung Galaxy Tab S9 FE+ serta menikmati semua ciri yang tersedia dalam ekosistem Samsung ini pastinya akan memberikan anda keseronokan nyata dalam penggunaan tablet. Misalnya jika anda seorang yang gemar melukis dan suka menononton filem, anda bukan sahaja boleh melakukan kerja-kerja ringkas malah dapat mengekspresikan hobi melukis anda pada bila-bila masa dan dimana-mana saja. Pengalaman menonton filem kegemaran anda  juga akan menjadi lebih sempurna. 

image is not available


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Tab S9 FE+ ini anda boleh dapatkan dengan harga RM3399 untuk storan 128GB dan RM3699 untuk 256GB versi 5G. Manakala Tab S9 FE pula berharga RM2699 untuk storan 128GB dan RM2999 untuk 256GB. Menariknya, untuk setiap pembelian sehingga 30 November 2023 ini anda akan mendapatkan Smart Book Cover dan juga 12 bulan langganan Viu Premium secara percuma.

image is not available

Anda juga boleh mendapatkan kesemua peranti edisi peminat keluaran Samsung ini secara atas talian menerusi laman web rasmi Samsung ataupun di kedai fizikal Samsung yang berhampiran. Ayuh ekspresikan minat dan karya anda bersama Galaxy Tab S9 FE | Tab S9 FE+. Anda juga boleh mendapatkan diskaun RM 300 apabila memasukkan kod promosi [ AZGALAXYFE ] sementara stok masih ada.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia