Siri Samsung Galaxy Tab S9 adalah tablet Android yang cukup premium. Terdapat empat model utama di pasaran Malaysia iaitu Galaxy Tab S9, Tab S9+, Tab S9 Ultra dan versi mampu milik Tab S9 FE. Baru-baru ini Samsung Malaysia telah menurunkan harga tablet mereka khusus untuk Raya Rebate Program. Kini setiap tablet Galaxy Tab S9 yang terpilih boleh dibeli pada harga RM300 lebih murah.

Berikut adalah senarai tablet yang menerima harga diskaun ini;
Galaxy Tab S9 & Tab S9 FE Raya Rebate Promo Model Saiz Memori Harga Asal (RM) Harga Diskaun (RM) Galaxy Tab S9 KBD 5G 12+256GB 4,849 4,549 Galaxy Tab S9 5G 12+128GB 4,349 4,049 Galaxy Tab S9 KBD 12+256GB 4,199 3,899 Galaxy Tab S9 12+128GB 3,699 3,399 Galaxy Tab S9 FE 5G 8+256GB 2,999 2,699 Galaxy Tab S9 FE 5G 6+128GB 2,699 2,399 Galaxy Tab S9 FE 8+256GB 2,399 2,099 Galaxy Tab S9 FE 6+128GB 2,099 1,799
Untuk model dengan KBD adalah berkas bersama dengan papan kekunci, sementara model dengan 5G adalah untuk sokongan selular dan yang nama tablet sahaja adalah versi WiFi. Samsung Galaxy Tab S9 adalah tablet dengan skrin Dynamic AMOLED 2X 11-inci, 120Hz, HDR10+, dijana Snapdragon 8 Gen 2, kamera 13MP, speaker AKG, bateri 8400mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W.

Untuk Galaxy Tab S9 FE pula, ia menggunakan skrin IPS LCD 10.9-inci yang dijana dengan Exynos 1380 . Kamera pula adalah 8 Megapixel dan bateri hanya 8000mAh. Kebanyakan ciri dan fungsi lain adalah lebih kurang sama. Jika anda berminat, anda boleh pergi ke laman web Samsung untuk membeli. Tarikh promosi hanyalah dari 11 Mac sehingga ke 8 April 2024.

