Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 Mungkin Dilancarkan Pada 26 Julai

TechnologyDigital
16 May 2023 • 3:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lagi ura-ura mengatakan telefon skrin boleh lipat Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip5 akan dilancarkan lebih awal tahun ini. Menurut laporan Chosun Media dari Korea Selatan, pelancaran dua peranti ini akan dilakukan pada 26 Julai 2023 yang adalah dua minggu lebih awal berbanding tarikh biasa peranti skrin boleh-lipat Samsung dilancarkan.

image is not available

Pelancaran juga dikatakan akan dilakukan di Seoul Korea Selatan dan bukannya di luar negara seperti lazimnya. Jualan pula akan dibuka pada 11 Ogos. Pelancaran lebih awal dilakukan bagi meningkatkan jualan peranti dan mengurangkan kerugian kepada Samsung yang terjejas kerana harga cip yang jatuh mendadak pada suku yang lalu.

Tahun ini Samsung berhadapan dengan lebih banyak pesaing dalam segmen ini kerana Huawei, Honor, Oppo, Tecno dan OnePlus lebih agresif memasarkan peranti mereka pada harga lebih kompetitif.