Samsung Galaxy Z Fold7 – Inovasi Lipat Dipertingkat, Kamera 200MP Jadi Tarikan

TechnologyDigital
11 Aug 2025 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semakin pesat dunia teknologi berkembang, telefon pintar masa kini bukan sahaja berevolusi dari segi rekaan, malah turut diperkasa dengan pelbagai fungsi canggih yang memudahkan kehidupan seharian pengguna. Peranti lipat generasi baharu juga kini tampil dengan rekaan yang lebih moden, ringan dan bergaya, namun yang lebih menarik ialah peningkatan ketara pada keupayaan kameranya. Samsung Galaxy Z Fold7 membuktikan perkara ini apabila hadir dengan gabungan dengan membuka dimensi baharu dalam dunia fotografi dan videografi mudah alih. Ia bukan sekadar telefon, tetapi sebuah peranti serba boleh yang memenuhi keperluan prestasi, kreativiti dan gaya hidup yang moden.

image is not available


Kecanggihan 200MP Untuk Kualiti Yang Lebih Menawan

Samsung Galaxy Z Fold7 tampil dengan kamera utama 200MP yang dipadankan dengan teknologi canggih ProVisual Engine. Gabungan ini akan memastikan setiap gambar menghasilkan warna yang lebih jitu dan butiran setiap objek lebih terperinci. Tekonologi ini juga mampu untuk mengoptimumkan tona kulit dan tekstur wajah sekali gus gambar akan kelihatan cantik dan juga menawan.

Jika dibandingkan dengan model sebelumnya, Galaxy Z Fold6 yang hanya memiliki kamera utama 50MP, peningkatan kepada 200MP pada Fold7 adalah lonjakan teknologi yang sangat ketara. Pengguna kini dapat merakam gambar yang bukan sahaja lebih tajam, malah lebih besar resolusinya yang membolehkan penyuntingan terperinci dan cetakan bersaiz besar tanpa menjejaskan kualiti.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Galaxy Z Fold7 hadir dengan sistem tiga kamera belakang serba boleh, kamera utama 200MP untuk rakaman jelas dan terperinci, kamera telefoto 10MP dengan 3X zoom optikal bagi tangkapan dari jarak jauh tanpa kehilangan kualiti, serta kamera ultra lebar 12MP untuk merakam pemandangan luas. Gabungan ini membolehkan anda menghasilkan pelbagai jenis gambar dari sudut berbeza dengan satu peranti sahaja.

image is not available

image is not available

Untuk kamera hadapan pula, Galaxy Z Fold7 mengekalkan kamera 10MP untuk kedua-dua skrin cover screen dan main screen. Ini membolehkan anda menikmati kualiti swafoto yang konsisten dan jelas, tidak kira dari mana posisi skrin digunakan. Ia juga memudahkan anda merakam panggilan video dengan imej yang lebih terang dan profesional, sama ada dalam mod telefon biasa mahupun ketika skrin dibuka penuh.

image is not available


Skrin Lebih Luas, Lebih Puas

Keunikan Galaxy Z Fold7 tidak terhenti pada kuasa kameranya sahaja. Keupayaan untuk melihat hasil gambar dalam skrin lipat yang besar memberikan pengalaman pratonton yang lebih imersif dan tepat. Dengan sudut pandang yang diperluas, anda boleh memuatkan lebih ramai orang serta latar belakang ke dalam satu bingkai yang sesuai untuk swafoto berkumpulan atau rakaman suasana sekeliling. Kini, tiada siapa yang akan tertinggal dalam gambar kenangan.

image is not available

Tambahan pula, skrin sebesar 8 inci Dynamic AMOLED 2X 120Hz pada telefon ini memudahkan kerja penyuntingan secara terus dari peranti tanpa perlu beralih ke komputer. Anda boleh menyemak butiran halus, melaras pencahayaan, atau memotong bingkai gambar dengan lebih tepat, semuanya dalam paparan yang luas dan responsif. Ini menjadikan Galaxy Z Fold7 bukan sahaja peranti untuk merakam, tetapi juga alat produktiviti visual yang menyeluruh bagi jurugambar, pencipta kandungan dan profesional kreatif.


Ketahanan Hebat Luar Dan Dalam

Ia dikuasakan dengan cip berkuasa Snapdragon 8 Elite for Galaxy bersama GPU Adreno 830, memberikan prestasi lancar untuk pelbagai tugasan. Bateri berkapasiti 4400mAh menyokong pengecasan pantas 25W, memastikan peranti sentiasa bertenaga sepanjang hari. Struktur luarannya dibina kukuh dengan Armor FlexHinge serta buat pertama kalinya dalam siri Galaxy, ia menggunakan Corning Gorilla Glass Ceramic 2 untuk skrin luar. Walaupun tampil lebih nipis, peranti ini tetap memenuhi piawaian tahan debu dan air IP48, menjadikannya tahan lasak serta bergaya.

image is not available


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Samsung Galaxy Z Fold7 merupakan gabungan sempurna antara inovasi, prestasi dan reka bentuk moden. Dengan keupayaan kamera 200MP yang luar biasa, skrin besar yang imersif, serta spesifikasi dalaman yang berkuasa, ia menawarkan pengalaman penggunaan yang menyeluruh sama ada untuk fotografi, produktiviti mahupun hiburan. Tambahan pula, binaan tahan lasak dan reka bentuk lipat yang semakin nipis menjadikan peranti ini bukan sahaja canggih, malah praktikal untuk gaya hidup masa kini. Galaxy Z Fold7 bukan sekadar telefon pintar, tetapi simbol masa depan teknologi mudah alih yang sebenar.

Samsung Galaxy Z Fold7 ditawarkan dalam pilihan warna elegan iaitu Silver Shadow, Blue Shadow, dan Jet Black, manakala warna eksklusif Mint pula hanya boleh didapati melalui pembelian secara atas talian. Telefon ini dijual pada harga bermula RM7,799, seiring dengan teknologi dan inovasi premium yang dibawakan. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh serta promosi terkini, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Samsung Malaysia.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.