Samsung Galaxy Z TriFold Baharu Sedang Dibangunkan dan Akan Ditawarkan Ke Lebih Banyak Pasaran

TechnologyDigital
27 Jul 2026 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z TriFold Baharu Sedang Dibangunkan dan Akan Ditawarkan Ke Lebih Banyak Pasaran

Samsung Galaxy Z TriFold dilancarkan pada penghujung Disember 2025 dengan ia peranti dengan skrin boleh dilipat 3 kali. Apabila dibuka, skrin kecil 6.5″ membesar menjadi 10″ membolehkan Galaxy Z TriFold digunakan sebagai sebuah tablet bersaiz besar sebenar. Pasca pelancaran, Galaxy Z TriFold hanya ditawarkan di Korea Selatan, China, Taiwan, Singapura, UAE dan Amerika Syarikat sahaja.

Image from: Samsung Galaxy Z TriFold Baharu Sedang Dibangunkan dan Akan Ditawarkan Ke Lebih Banyak Pasaran

Kini muncul laporan ETnews, Samsung sudah memulakan pembangunan Galaxy Z TriFold baharu. Dalam laporan yang sama kali ini Samsung akan menawarkan ke lebih banyak pasaran. Walaupun dipasarkan dalam jumlah pasaran yang kecil, pengeluaran Galaxy Z TriFold telah ditamatkan pada bulan Mac lalu. Setiap peranti perlu dipesan terlebih dahulu dikilangkan. Ini gara-gara krisis RAM dan permintaan yang kurang disebabkan peranti dijual pada harga sekitar RM 12,000 sebuah.

Dengan krisis RAM kini semakin kritis, jika Galaxy Z TriFold baharu ditawarkan di Malaysia kami menjangkakan harga jualan pastinya mencecah sekurang-kurangnya RM13,000 sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved