Samsung Instant Slow-Mo sokong HDR10+ dalam kemas kini akan datang

Digital
10 Jun 2024 • 1:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Instant Slow-Mo adalah salah satu ciri menarik yang diperkenalkan pada siri Samsung Galaxy S24. Ia membolehkan sebarang video biasa ditukarkan kepada video gerak perlahan dengan bantuan teknologi AI yang mengisi bingkai-bingkai tambahan di celah-celah bingkai sebenar. Ciri ini akan ditambah baik dalam kemas kini seterusnya kerana ia turut akan menyokong video berasaskan HDR10+.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang moderator forum sembang Samsung yang mengatakan ia akan disalurkan pada kemas kini firmware yang berikutnya.

Ciri Instant Slow-Mo sedia ada berfungsi dengan cara menukar video HDR menjadi video biasa SDR seblum mula memproses bingkai tambahan Instant Slow-Mo. Hal ini bermakna, apabila ada kelak, bingkai-bingkai tambahan yang dimasukkan akan mengekalkan paras dynamic range yang dimiliki oleh sumber video lantas menghasilkan video yang lebih cantik.

Instant Slow-Mo pada awalnya hanya ekslusif kepada siri Galaxy S24 kini sudahpun boleh dirasai oleh pengguna siri Galaxy S23, siri Galaxy Tab S9, Galaxy Z Flip 5, dan Galaxy Z Fold 5.

Sumber: SamMobile

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved