Samsung Lancarkan Aplikasi Hearapy Yang Boleh Menghilangkan Mabuk Perjalanan

TechnologyHealth & Fitness
1 Apr 2026 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakah anda mempunyai isu dengan mabuk perjalanan (motion sickness)? Sekiranya ya, Samsung melancarkan aplikasi baru bernama Hearapy yang direka untuk membantu pengguna yang mengalami mabuk perjalanan.

image is not available

Mabuk perjalanan dikurangkan dengan memainkan nada gelombang sin 100 Hz yang merangsang sistem keseimbangan dalam telinga dalam. Dengan hanya mendengar nada ini selama 60 saat ia boleh memberi kelegaan sehingga dua jam.

Idea untuk aplikasi adalah berdasarkan kajian oleh Universiti Nagoya, Jepun, yang mendapati nada 100 Hz pada 75–85 dB boleh meningkatkan keseimbangan buat sementara. Samsung mempromosikan aplikasi ini bersama Galaxy Buds4 Pro, yang dikatakan mampu menghasilkan bunyi 100 Hz dengan jelas.

Aplikasi Hearapy boleh dimuat turun semua peranti Android dengan ia sebenarnya juga boleh digunakan dengan fon telinga selain Buds4 Pro.