Samsung Malaysia Meningkatkan Harga Jualan Galaxy A07 dan Galaxy A17

LocalTechnology
27 Jul 2026 • 4:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Malaysia Meningkatkan Harga Jualan Galaxy A07 dan Galaxy A17

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan peningkatan harga jualan untuk dua model telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan, iaitu model Galaxy A07 dan juga Galaxy A17. Samsung mengatakan peningkatan harga jualan ini adalah disebabkan peningkatan harga komponen pada peringkat global, terutamanya untuk cip memori dan RAM.

Image from: Samsung Malaysia Meningkatkan Harga Jualan Galaxy A07 dan Galaxy A17

Melalui perubahan harga ini, Galaxy A07 LTE yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM899 kini ditawarkan pada harga RM1,049. Sementara Galaxy A17 LTE yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM949 pula kini ditawarkan pada harga RM1149.

PerantiHarga Jualan SebelumHarga Jualan BaharuPeningkatan Harga
Galaxy A07 5G
(8GB + 256GB)
RM1,029RM1,149RM120 (12%)
Galaxy A07 LTE
(8GB + 256GB)
RM899RM1,049RM150 (17%)
Galaxy A17 5G
(8GB + 256GB)
RM1,149RM1,299RM150 (13%)
Galaxy A17 LTE (8GB + 256GB)RM949RM1,149RM200 (21%)

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada model-model lain turut akan terjejas dengan peningkatan harga dalam minggu-minggu akan datang atau sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved