Samsung Malaysia Tidak Merancang Menyokong GeForce Now Pada TV Pintar Mereka Buat Masa Ini

TechnologyDigital
25 May 2023 • 6:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TV pintar Samsung Neo QLED 8K dan Neo QLED 4K baharu akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini. Antara ciri menarik yang mampu dilakukan oleh TV siri ini ialah kemampuan menyokong konsol serta PC untuk aksi permainan video yang tinggi. Namun begitu ciri Samsung Gaming Hub yang ditawarkan pada model yang sama di luar negara tidak ditemukan pada model yang dilancarkan.

image is not available
Samsung Gaming Hub

Wakil Samsung Malaysia apabila disoal mengenai ketiadaan Gaming Hub menjawab pada waktu ini mereka tidak merancang menyokongnya dalam waktu terdekat. Ia mungkin akan hanya disertakan apabila perkhidmatan penstriman permainan video yang lebih banyak ditawarkan di Malaysia.

TV pintar baharu Samsung walau bagaimanapun menyokong Game Bar yang membolehkan tetapan TV seperti HDR, VRR, ALLM, dan nisbah skrin diubah dengan pantas ketika sesi permainan video.

image is not available
Samsung Game Bar

Sebelum ini NVIDIA GeForce Now sudah boleh digunakan oleh pelanggan Yes 5G di Malaysia. GeForce Now adalah adalah antara perkhidmatan terawal disokong oleh Gaming Hub apabila ia dilancarkan tahun lalu. Bagi golongan gamer yang mempunyai akses kepada GeForce Now dan melanggan kepada Yes 5G, penantian untuk menstrim permainan video pada TV pintar terkini Samsung masih belum berakhir.