Samsung Memberikan 17,000 Galaxy Z Flip6 Kepada Atlet Sukan Olimpik Paris

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Z Flip edisi Sukan Olimpik diperlihatkan secara rasmi ketika acara Galaxy Unpacked dua minggu lalu. Dengan atlet Sukan Olimpik mula tiba di Paris minggu ini, Samsung sudah memulakan proses memberikan hampir 17,000 Galaxy Z Flip6 kepada atlet Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik yang hadir pada temasya tahun ini.

image is not available

Selain mempunyai rekaan yang unik logo Sukan Olimpik Paris serta warn emas, setiap Z Flip6 turut hadir dengan sambungan selular 5G dan 100GB data yang boleh digunakan sepanjang acara menerusi kerjasama syarikat telekomunikasi Orange. Terdapat juga aplikasi Olimpik terbina yang memudahkan atlet mendapatkan maklumat yang diperlukan di hujung jari.

Akhir sekali di dalam aplikasi Samsung Wallet, disertakan kad yang membolehkan atlet menggunakan pengangkutan awam menggunakan sistem tiket elektronik. Samsung ialah penaja Sukan Olimpik sejak 1988 dan memberikan telefon pintar percuma kepada semua atlet sejak Sukan Olimpik Musin Sejuk Sochi 2014.