
Semua pekerja Samsung Electronics di Korea Selatan dan semua pekerja Device eXperience (DX) di seluruh dunia akan mendapat akses kepada ChatGPT Enterprise dan Codex. Dalam pengumuman yang dilakukan hari ini, ia menjadikan Samsung Electronics antara pelanggan perusahaan terbesar dalam sejarah OpenAI.

Samsung akan menggunakan ChatGPT dan Codex untuk pembangunan perisian, penyelidikan & pembangunan, pembuatan, pemasaran, pembangunan produk, dan menyokong fungsi korporat lain. Kecerdasan buatan (AI) ChatGPT boleh melakukan tugasan seperti carian maklumat, melakukan draf dokumen, pencarian idea, analisis data dan interpretasi data.
Tidak seperti ChatGPT biasa, ChatGPT Enterprise menawarkan perlindungan data, pengurusan akses, dan kawalan keselamatan yang mematuhi dasar dalaman Samsung membolehkan penggunaan AI secara selamat dalam sistem syarikat.
Tiga tahun lalu, Samsung melakukan kerjasama dengan Naver membangunkan AI buatan sendiri untuk kegunaan kakitangan solusi peranti (DS) dan DX. Ini kerana kakitangan tidak dibenarkan menggunakan AI dari luar disebabkan rahsia Samsung tertiris selepas kakitangan DX menggunakannya ChatGPT.





