Samsung Memperlihatkan Kad MicroSD PRO Plus Dan EVO Plus Dengan Storan 1TB

TechnologyDigital
1 Aug 2024 • 11:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung ialah sebuah jenama teknologi yang tidak asing lagi dalam penawaran pelbagai jenis produk teknologi dari peranti pintar ke perkakasan rumah dan juga komponen-komponen untuk komputer dan peralatan elektronik lain.

Terkini, Samsung telah memperlihatkan penawaran storan kad SD terbaru mereka yang terdiri daripada Samsung PRO Plus dan juga Samsung EVO Plus yang menawarkan pilihan storan dari 128GB sehinggalah ke 1TB.

image is not available

Dari segi kelajuan penghantaran data, Samsung PRO Plus tampil dengan kadar pembacaan data 180MB/s dan kadar penulisan data sepantas 130MB/s, manakala Samsung EVO Plus memperlihatkan kadar pembacaan data 130MB/s dan kadar penulisan data 160MB/s.

Kedua-dua kad MicroSD ini hadir dengan penarafan UHS Speed Class 3 dan Video Speed Class 30 yang membolehkan mereka digunakan untuk menyimpan rakaman video beresolusi 4K tanpa masalah.

Samsung juga mengatakan bahawa kad MicroSD ini juga boleh digunakan untuk menyimpan fail-fail permainan komputer pada konsol mudah-alih seperti ASUS ROG Ally, Steam Deck dan Nintendo Switch tanpa masalah.

Untuk pasaran Malaysia, storan Samsung PRO Plus dan Samsung EVO Plus sudahpun mula ditawarkan dengan pilihan 128GB sehinggalah 512GB. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi jika pilihan storan 1TB akan dibawa masuk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved