Samsung Memperlihatkan Skrin Boleh-Gulung Terbesar Dan OLED Dengan Pengimbas Cap Jari Seluruh Skrin

TechnologyDigital
24 May 2023 • 9:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Panel terbaik untuk peranti mudah alih pada waktu ini dikeluarkan oleh Samsung. Kualiti panel Samsung Display cukup baik sehingga digunakan oleh Apple, Oppo, Xiaomi dan banyak lagi pengeluar lain. Di acara Dislay Week yang berlangsung minggu ini, Samsung memperlihatkan dua inovasi baharu dalam dunia panel peranti iaitu skrin boleh gulung terbesar dan panel OLED dengan pengimbas nadi terbina.

image is not available

Samsung Rollable Flex ialah skrin boleh gulung terbesar dunia untuk peranti mudah alih dengan saiz maksimum 12.4″. Ia daripada jenis OLED. Saiz Rollable Flex meningkat 5x berbanding dalam kedudukan tergulung. Beberapa panel boleh-gulung untuk peranti pintar sebelum ini hanya membesar sehingga 3x.

image is not available

Inovasi kedua ialah panel OLED dengan pengimbas nadi dan cap jari terbina terus. Pada skrin OLED sekarang, sebuah sensor tambahan dengan saiz kawasan imbasan yang terhad digunakan. Menerusi inovasi ini, keseluruhan panel boleh digunakan untuk imbasan cap jari dan mengesan nadi. Tiada maklumat bilakah kesemua inovasi ini akan digunakan pada produk sebenar.