Samsung Memperlihatkan Teknologi Ready Care Dan Ready Tune Untuk Meningkatkan Keselamatan Pemandu

TechnologyDigitalCars
10 Jan 2023 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung masih belum mengumumkan projek kereta sendiri seperti Huawei, Apple dan Xiaomi tetapi mereka sudah beberapa kali memperlihatkan konsep kabin pintar untuk kereta di CES. Di CES 2023 teknologi Ready Care dan Ready Tune pula diperlihatkan dengan ia dikatakan boleh meningkatkan keselamatan ketika memandu.

image is not available

Ready Care memantau pemandu untuk melihat sama ada mereka sedang aktif, mengantuk atau sedang terganggu. Sekiranya ia dikesan sistem pendingin hawa, audio kenderaan dan lampu boleh diubah untuk mengubah mood pemandu yang sedang mengantuk.

Menerusi data dari jam Galaxy Watch pula, tahap tekanan ketika memandu boleh dikesan oleh Ready Care. Sistem GPS akan mengubah laluan ke laluan lebih sanatu bagi mengurangkan pemandu semakin tertekan.

image is not available

Ready Tune pula mengubah sistem audio dalam kenderaan bergantung kepada kandungan yang didengari. Sebagai contoh jika perlawanan bola sepak ditonton tetapan audio yang memberikan pengalaman seakan di stadium boleh diaktifkan. Kedua-dua sistem Ready Care an Ready Tune dibangunkan oleh Harman yang merupakan anak syarikat Samsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved