Samsung Memperlihatkan Telefon Lipat-Tiga Buat Pertama Kali

TechnologyDigital
28 Oct 2025 • 1:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Samsung memperlihatkan rekaan telefon pintar dengan skrin lipat-tiga mereka kepada umum ketika persidangan APEC yang berlangsung di Korea Selatan minggu ini. Peranti yang dipercayai akan menggunakan nama Galaxy G Fold ini diletakkan pada kedudukan tertutup dan terbuka dalam bekas plastik yang tidak boleh disentuh pengunjung.

image is not available

Video yang dipancarkan pada bekas plastik menunjukkan peranti dibuka dengan dua “pintu” ditarik ke kiri dan kanan mengesahkan ura-ura yang didengari sebelum ini. Sebuah skrin sekunder diletakkan di luar. Masih belum diketahui bila Samsung akan melancarkan peranti lipat-tiga pertama mereka.

image is not available

Huawei menjadi syarikat pertama menawarkan peranti lipat-tiga ke pasaran menerusi Mate XT ULTIMATE DESIGN. Samsung menggunakan rekaan berbeza dengan Mate XT supaya skrin lipat tidak terdedah dan lebih terlindung daripada kerosakan. G Fold mungkin hadir dengan skrin 6.5″ di luar dan skrin 10″ di dalam membolehkan ia menjadi tablet bersaiz lebih besar berbanding Z Fold7.