Samsung kini mengumumkan telah memulakan ujian beta untuk One UI 9 berasaskan Android 17, sekaligus menjadikan Samsung antara terawal yang menawarkan ujian sistem operasi berasaskan Android 17. Ia ditawarkan untuk pengguna Galaxy S26 dibeberapa buah negara. Samsung turut mengesahkan ujian beta ini tidak akan ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Melalui One UI 9, Samsung menawarkan beberapa pembaharuan selain daripada sistem operasi Android 17 yang serba baharu, termasuk pengenalan ciri kreatif pada Samsung Notes, memudahkan penciptaan kad profil melalui aplikasi Contacts, lebih kawalan melalui Quick Panel, serta perlindungan daripada pelbagai ancaman dan aplikasi berbahaya.
Samsung menawarkan ujian beta OneUI 9 ini di Jerman, India, Korea, UK, US dan juga Poland sahaja, terhad untuk pengguna Galaxy S26 sahaja. Sekiranya anda di negara berkenaan, boleh melakukan permohonan menyertainya melalui Samsung Members.
