Samsung Menamatkan Sokongan Perisian Untuk Galaxy S10

TechnologyDigital
7 Apr 2023 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Samsung Galaxy S10

Peranti mercu Samsung pada tahun 2019 iaitu siri Galaxy S10 kini tidak lagi menerima kemaskini perisian. Selepas 4 tahun peranti ini dilancarkan Samsung akhirnya menamatkan sokongan perisian bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Perubahan ini tersedia pada laman Security Samsung Mobile yang mana tiga peranti ini tidak lagi disenaraikan.

image is not available

Tahun lepas Samsung mengubah jadual kemaskini bagi ketiga-tiga peranti ini dari bulanan ke setiap tiga bulan. Kemaskini terakhir peranti-peranti ini adalah tampalan sekuriti bulan Mac yang membaiki masalah modem pada cip Exynos.

Hanya dua peranti dalam siri Galaxy S10 akan terus menerima kemaskini setiap tiga bulan iaitu Samsung Galaxy S10 5G dan S10 Lite kerana dilancarkan lebih lewat berbanding tiga peranti tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved