Samsung SDI mula mengeluarkan bateri keadaan-pepejal (solid state) yang mempunyai kapasiti untuk perjalanan sehingga 965km (600 batu) yang boleh dicas semula dalam masa 9 minit dan juga dijamin selama 20 tahun. Bateri ini akan digunakan pada kenderaan elektrik (EV) premium terlebih dahulu kerana kosnya yang tinggi.

Menurut laporan The Elec, Samsung sudah menawarkan sampel bateri keadaan-pepejal ini kepada pengeluar EV sejak enam bulan yang lalu. Bateri keadaan-pepejal mempunyai kelebihan berbanding bateri Li-Ion dengan elektrolit cecair. Ia mempunyai ketumpatan kapasiti kuasa lebih tinggi, risiko kebakaran lebih rendah dan lebih ringan.
Bagi yang menanti penggunaan bateri keadaan-pepejal ini, mereka perlu menanti sehingga 2027 apabila pengeluaran besar-besaran dimulakan oleh Samsung. Pengeluar bateri lain seperti CATL sebelum ini mengatakan mereka hanya akan memulakan pengeluaran besar-besaran pada tahun 2030.
