Samsung Menghasilkan Memori GDDR7 Pertama Dengan Kelajuan 32Gbps

TechnologyDigital
19 Jul 2023 • 5:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mengumumkan kejayaan membangunkan memori GDDR7 pertama dalam industri. Ia mampu mencapai kelajuan 32 Gbps yang lebih pantas berbanding 24Gbps pada memori GDDR6.

image is not available

Selain kelajuan memori lebih tinggi, cip GDDR7 Samsung turut mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 20% berbanding memori generasi terdahulu. Mereka turut akan menawarkan memori dengan voltan lebih rendah untuk peranti seperti komputer riba yang ingin mengurangkan lagi penggunaan tenaga.

Ini dilakukan menerusi penggunaan kompaun acuan epoksi baharu yang mempunyai tahap pengaliran termal lebih baik dengan rintangan haba dikurangkan sehingga 70%. Memori GDDR7 Samsung akan mula dikeluarkan bermula 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved