Samsung Menguji Ciri Mengesan Dementia Lebih Awal

TechnologyHealth & Fitness
5 Jan 2026 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung mengumumkan mereka akan menguji ciri pengesanan pengurangan tahap kognitif seseorang. individu menerusi pelbagai peranti Galaxy dan peranti berhubung IoT. Di pentas CES 2026, Praveen Raja, Timbalan Presiden dan Ketua Kesihatan Digital diu Samsung Research America (SRA) mengatakan data yang dikumpul pelbagai peranti boleh dijadikan kayu pengukur kemunculan penyakit seperti dementia.

image is not available

Antara yang boleh dikesan ialah kesalahan mengeja yang berlaku lebih kerap daripada biasa, perubahan tabiat harian seperti minum air, membuka dan menutup tingkap dengan kerap daripada biasa, kurang berjalan, bangun lebih lewat, dan banyak lagi.

Kesemua data daripada pelbagai peranti di bawah ekosistem Galaxy dan SmartThings ini boleh dijadikan amaran awal untuk mendapatkan pendapat awal daripada doktor peribadi mengenai penyusutan kemampuan kognitif ahli keluarga khususnya dalam kalangan warga emas.

Beliau mengatakan ciri ini akan diberikan di peringkat ujian beta di pasaran terpilih sahaja pada waktu ini. Bila ia boleh dicuba dan apakah pasaran terawal menerimanya belum lagi didedahkan. Besar kemungkinan maklumat lebih lanjut mengenai pengesanan dementia ini akan diumumkan semasa pelancaran siri Galaxy S26 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved