Samsung Mengumumkan Barisan Monitor Gaming Odyssey OLED Baharu Di CES 2024

TechnologyDigital
3 Jan 2024 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mengemaskini barisan monitor gaming Odyssey dengan beberapa model baharu. Ini termasuklah Odyssey OLED G9 (G95SD), Odyssey OLED G8 (G80SD), dan Odyssey OLED G6 (G60SD) dengan teknologi OLED Glare-Free yang dikatakan mampu mengurangkan pantulan cahaya pada skrin.

image is not available

Pastinya mengurangkan gangguan semasa sesi permainan paling sengit dalam kalangan gamers tegar. Pengalaman bertambah baik dengan ciri VESA DisplayHDR True Black 400 boleh memaparkan prestasi warna lebih terang. Diikuti juga dengan AMD FreeSync Premium Pro untuk pengalaman permainan lebih lancar bersama latensi rendah.

image is not available

Odyssey OLED G9 merupakan monitor gaming melengkung 49″ dengan resolusi DQHD (5,120×1,440 piksel) dan bernisbah aspek 32:9. Skrin juga menyokong kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas GTG 0.03ms.

image is not available

Sementara itu Odyssey OLED G8 (G80SD) pula menggunakan skrin rata 32-inci yang menyokong resolusi 4K dan nisbah aspek 16:9. Sama saperti model Odyssey OLED G9, kebolehan kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas GTG 0.03ms turut disokong oleh monitor ini.

Kedua-duanya juga dilengkapi ciri baharu Multi Control yang bukan sahaja menyediakan pengalaman sambungan berbilang peranti lebih lancar. Bahkan membolehkan pengguna memindahkan imej atau teks dengan mudah merentasi ekosistem Samsung – termasuk Galaxy Book, tablet dan telefon pintar.

image is not available

Akhir sekali Odyssey OLED G6 lengkap dengan skrin QHD sebesar 27″ yang menyokong kadar segar semula 360Hz, nisbah aspek 16:9 dan masa tindak balas GTG 0.03ms. Kesemua produk diumumkan di pentas utama CES 2024 tanpa butiran mengenai harga jualan.

View Original Article