Samsung Menjadi Syarikat Korea Selatan Pertama Dengan Nilai Pasaran $1 Trilion

WorldTechnology
26 Feb 2026 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Electronics kini menjadi syarikat Korea Selatan yang pertama yang mencatatkan nilai pasaran $1 trilion. Angka ini dicapai pada hari ini, selari dengan peningkatan harga saham disebabkan permintaan untuk memori yang meningkat dalam kalangan pengeluar peranti.

image is not available

Permintaan untuk pusat data dan kecerdasan buatan membuatkan ramai yang mendapatkan penawaran memori daripada Samsung. Malah, kebelakangan ini, ia dijual dengan harga tinggi disebabkan kesukaran mendapatkannya di pasaran. Samsung merupakan antara pengeluar memori utama di pasaran. Ia dijangka permintaan untuk DRAM dan juga NAND akan kekal tinggi untuk setahun dua akan datang ini.

Dengan ini, ia memposisikan Samsung pada kedudukan ke-12 dalam senarai syarikat yang paling bernilai tinggi di dunia. Setakat hari ini, hanya terdapat 13 syarikat sahaja di dunia dengan nilai pasaran melangkaui $1 trilion.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved